Wednesday 18 July 2012

Chit Chat d'kisses dodol

           Dodol  sejenis makanan  yang manis (penganan - nama yang diberi oleh orang selatan tanahair). Dodol sangat terkenal di Melaka dan Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Di d'kisses dodol kami mengambil masa 10 jam untuk memasak dodol  untuk mendapat dodol yang sedap. Api perlu dijaga supaya tidak hanggit. terlebih masak atau tidak masak. Itu perkara yang paling ditakuti oleh tukang masak kami. iaitu saya...
 Pengalaman pertama kali memasak dodol.. azab rasanya. Melalui pengalaman, saya belajar perlahan-lahan, saya berjaya dan terciptalah D'KISSES DODOL  atau dodol cium.... mudah untuk diingati. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Tapi saya masih muda...  Jarangkan sekali generasi muda mahir membuat dodol? Renyah... Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras pulut, gula pasir, gula merah dan garam.

No comments:

Post a Comment