Wednesday 18 July 2012

Cerita from Wikipedia pasal Dodol

SAMPLE DODOL DARI INDONESIA

 Fakta yang saya ambil dari Wikipedia - Kini, Dodol merupakan suatu makanan manisan yang amat popular dan digemari di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Sri Lanka. Manakala di Filipina, khususnya pada wilayah Ilocos, Luzon dan di bahagian Lanao, Mindanao serta di India khususnya pada wilayah Goa.
Pada asasnya, manisan dodol ini diperbuat daripada santan, gula batu merah yang diperbuat dari ekstrak tebu atau gula melaka serta tepung beras ataupun tepung pulut. Semua ramuan ini akan diadunkan melalui kaedah kacauan yang berlangsung berterusan selama lebih kurang 3 hingga 4 jam pada suhu tinggi untuk masakan yang sesuai. Hasilnya, fizikal dan rasa Dodol akan berubah menjadi melekit, tebal dan manis. Di kebanyakan negara Asean, dodol telah menjadi bahan santapan khususnya pada hari perayaan Hari Raya Aidilfitri and Hari Raya Haji. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan samaada dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap, hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian, Kelapa dan Pisang.

Perkataan Dodol tercatit dalam kamus tahun 1852 yang berjudul A grammar and dictionary of the Malay language: with a preliminary., Jilid 2 oleh John Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan "confectionery" memberi erti "manisan" atau "dodol". –Terima kasih Wikipedia.

Chit Chat d'kisses dodol

           Dodol  sejenis makanan  yang manis (penganan - nama yang diberi oleh orang selatan tanahair). Dodol sangat terkenal di Melaka dan Johor . Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Di d'kisses dodol kami mengambil masa 10 jam untuk memasak dodol  untuk mendapat dodol yang sedap. Api perlu dijaga supaya tidak hanggit. terlebih masak atau tidak masak. Itu perkara yang paling ditakuti oleh tukang masak kami. iaitu saya...
 Pengalaman pertama kali memasak dodol.. azab rasanya. Melalui pengalaman, saya belajar perlahan-lahan, saya berjaya dan terciptalah D'KISSES DODOL  atau dodol cium.... mudah untuk diingati. Ramai orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Tapi saya masih muda...  Jarangkan sekali generasi muda mahir membuat dodol? Renyah... Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras pulut, gula pasir, gula merah dan garam.

Monday 16 July 2012

DODOL HAMPER


Hamper Dodol Untuk Hari Raya. Kami Juga menyediakan Package untuk masjis perkahwinan, Tahlil, pertunangan atau aqiqah  sebagai 'door gift' o 'goody bag' kepada tetamu yang hadir